Description
★★★★★
Dipercayai 30,012+ pengguna
Tanpa MSG
Mee Kari Nyonya OCOC
Rasa kari Nyonya sebenar dalam masa 5–8 minit. Mi tepung atta yang kenyal, kuah santan asli, tanpa rasa seperti mi segera biasa.
- Tanpa MSG, pengawet, pewarna atau perisa tiruan
- Mi tepung atta, tinggi serat, tanpa lilin
- Mi kekal kenyal, tak kembang walaupun dibiarkan
- Hidangan lengkap dengan pes cili berasingan
HALALJAKIM
LAB TESTEDSGS
LAB TESTEDUKM Unipeq
Kenali keistimewaannya
Kenapa ia berbeza dari mi segera lain?
01
MSG & pengawet
Rasa umami dari bahan semula jadi, bukan penyedap tiruan.
02
Bukan tepung putih
Gandum penuh yang lebih tinggi serat. Mi kenyal dan tak kembang.
03
Tanpa lilin pada mi
Mi dikeringkan dengan oven untuk kekal segar lebih lama.
105g
Satu hidangan penuh
Cukup kenyang untuk makan tengah hari atau malam.
Bahan pilihan
6 bahan utama, semuanya anda kenal
Bahan-bahan yang dipilih untuk menghasilkan rasa kari Nyonya yang tersendiri.
Tepung atta
Gandum penuh, lebih tinggi serat berbanding tepung putih.
Perencah kari
Kari berkualiti tinggi yang diimport khas dari India.
Serbuk santan
Santan asli untuk kuah lemak yang kaya.
Serbuk cili
Cili sebenar diproses sendiri, tanpa campuran tepung.
Garam Himalaya
Mengandungi mineral semula jadi.
Minyak sawit merah
Mengekalkan aroma, sumber karotenoid dan vitamin E.
Cara penyediaan
Siap dalam 8 minit
Masak di atas dapur untuk mendapatkan tekstur mi yang terbaik.
LANGKAH 01
Didihkan air
350–400 ml air dalam periuk.
LANGKAH 02
Masukkan mi
Masukkan mi ke dalam air mendidih.
LANGKAH 03
Tambah perencah
Masukkan perencah kari dan pes cili mengikut citarasa.
LANGKAH 04
Tambah kegemaran
Telur, udang, sayur atau ayam. Masak 5–8 minit.
Perbandingan
OCOC vs mi segera biasa
Apa yang membezakan Mee Kari Nyonya OCOC?
Ciri-ciri | OCOC | Mi segera biasa*
MSG | Tanpa MSG | Bergantung produk
Jenis tepung | Tepung atta | Umumnya tepung putih
Lilin pada mi | Tanpa lilin | Bergantung produk
Santan | Santan asli | Bergantung produk
Pengawet & pewarna tiruan | Tanpa | Bergantung produk
Tekstur mi | Tak mudah kembang | Bergantung produk
*Perbandingan umum dengan mi segera kari di pasaran. Tidak merujuk kepada jenama tertentu.
Real people, real meal
Kata-kata dari pengguna sebenar OCOC
Pengalaman pelanggan yang telah mencuba Mee Kari Nyonya.
★★★★★
“Sedap nikmat. Tak kembang walau dibiarkan lama! Bukan macam mee segera yang biasa tu. Sebabnya mee ni dibuat dari tepung atta.”
Khairul RonitaFacebook · Verified Review
★★★★★
“Memang berkualiti, rasa sedap. Mi tak kembang walaupun masak lebih dari 5 minit. Anak-anak suka makan mi kari nyonya. Kenyang lama.”
missyatieTikTok Shop · Verified Review
★★★★★
“Dah rasa Mee Kari Nyonya ni memang sedap. Sekali makan, memang nak lagi. Suami yang makan secara eat clean pun suruh beli mee ni.”
ZalifahFacebook · Verified Review
★★★★★
“Berbuka tadi try makan mee kari tu Dr, sedap sungguh. First time cuba, terbaik.”
Hamba IlahiFacebook · Verified Review
★★★★★
“Mee nya kenyal, tak sama macam mee segera di pasaran. Pagi tadi sarapan, suami minta lagi mee tu...”
Pelanggan OCOCWhatsApp · Verified Review
★★★★★
“OCOC Mee Kari Nyonya 315g sangat berbeza dengan mee yang ada di pasaran. Mee nya lebih kenyal dan kuahnya sungguh lazat serta mengenyangkan.”
azmiazmiTikTok Shop · Verified Review
★★★★★
“Repeat order lagi.. memang sedap sangat mee kari nyonya ni..”
Nor AiniTikTok Shop · Verified Review
★★★★★
“Setelah beberapa kali makan, makin sedap la pulak. Sebelum rasa, suami pandang sebelah mata je.. sekarang, dia ambik masak senyap-senyap.”
Pelanggan OCOCWhatsApp · Verified Review
★★★★★
“Banyak kali dah order, memang buat stok kat rumah sebab satu family suka makan mee kari nyonya OCOC ni. Sihat, sedap dan cepat.”
Pelanggan OCOCTikTok Shop · Verified Review
★★★★★
“Rasa sama macam brand mi segera lain, sedap. Mi dia lebih kenyal, tak mudah kembang. Yang nak sihat tapi teringin makan mi segera boleh beli.”
Pelanggan OCOCTikTok Shop · Verified Review
★★★★★
“Ini kali ke-3 saya beli Mee Kari Nyonya ni. Saya suka makan sebab memang sedap.”
Pelanggan OCOCWhatsApp · Verified Review
★★★★★
“Selain boleh masak kari, boleh buat masakan bergoreng macam mee goreng. Repeat order kali yang kedua.”
DaengTikTok Shop · Verified Review
Tentang OCOC
Dibangunkan dengan tujuan yang lebih baik
“Setiap produk OCOC dibangunkan supaya lebih sihat untuk dimakan setiap hari, dan tetap sedap.”
Dato' Dr. Rizal Abu Bakar
Pengasas OCOC sejak 2018.
Ketahui apa yang anda makan
Maklumat Pemakanan
Saiz hidangan 105 g · 1 hidangan setiap pek
Nutrien | Setiap 100 g | Setiap 105 g
Tenaga | 495 kcal | 520 kcal
Protein | 8.6 g | 9 g
Karbohidrat | 46.7 g | 49 g
Jumlah gula | 2.9 g | 3 g
Lemak | 30.5 g | 32 g
Natrium | 224 mg | 235 mg
Kalium | 171 mg | 180 mg
Soalan lazim
Apa yang anda ingin tahu?
Satu bungkus ada berapa pek?Satu bungkus ada 3 pek. Setiap pek ialah satu hidangan lengkap, dengan perencah kari dan pes cili berasingan.
Berapa berat satu bungkus?315 g satu bungkus, iaitu 3 pek × 105 g.
Sesuai untuk penghidap GERD?Setiap orang berbeza. Mee Kari Nyonya mengandungi kari dan pes cili yang pedas. Pes cili diasingkan, jadi anda boleh kurangkan atau tidak menggunakannya. Jika anda ada GERD, mulakan dengan sedikit dan rujuk doktor jika ragu.
Ada gluten?Ya. Mi dibuat daripada tepung atta (gandum), jadi ia mengandungi gluten. Tidak sesuai untuk mereka yang alah kepada gluten atau gandum.
Boleh masak dengan air panas sahaja?Tidak digalakkan. Kerana kandungan seratnya tinggi, masak di atas dapur selama 5–10 minit untuk tekstur yang lebih baik.
Sesuai untuk kanak-kanak?Ya. Setiap pek ada dua perencah: perencah kari dan pes cili. Pes cili boleh dikurangkan atau tidak digunakan.
Boleh dimakan selalu?Mee Kari Nyonya tidak mengandungi MSG atau lilin, dan sesuai sebagai hidangan biasa seisi keluarga.
Apa beza dengan mi segera lain?Mi dibuat daripada tepung atta, tinggi serat, tidak mudah kembang walaupun direbus lama, dan bebas pengawet.
Bagaimana cara menyimpan Mee Kari Nyonya?Simpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan tempat lembap. Jangka hayat 2 tahun.